Assalamualaikum
kelajuan bunyi lebih laju dari kelajuan cahaya??...korang pernah dengar tak??
saya rasa korang mesti pernah dengar.
tapi mesti korang abaikan sahaja sebab macam mengarut sangat,Sains dah buktikan ianya salah.
Kelajuan cahaya ialah lebih kurang 300,000 km/Saatkelajuan bunyi ialah 1200 km/Jam
kita juga boleh cuba untuk melihat betapa lajunya cahaya berbanding bunyi,seperti melihat bunga api dan kilat,kita akan nampak cahaya kilat terlebih dahulu dan lepas 1,2 saat baru bunyi kilat itu akan sampai ke telinga kita,bergantung pada jarak kilat tersebut....
kemudian satu persoalan ditanyakan kepada kita yang mengatakan cahaya lebih laju dari bunyi dan pembawa soalan menggunakan hujjah ketika Bilal bin Rabah azan di bumi dan azannya didergari oleh para maaikat sehingga ke atas arays dan melepasi lapisan langit yang begitu jauh sekali tanpa mengambil masa yang lama untuk melepasi lapisan-lapisan langit tersebut.
Masa untuk suara azan itu untuk sampai ke arays tidaklah mengambil masa bertahun-tahun sepertimana masa yang diambil oleh cahaya untuk melepasi satu jarak yang jauh.Cahaya memerlukan masa 8minit untuk bergerak dari matahari ke bumi dan mengambil masa 150,000 ke 200,000 tahun untuk untuk bergerak melintasi bima sakti sedangkan galaksi kita iaitu bima sakti itu hanya berada di langit pertama sepertimana difirmankan oleh allah taala didalam surah al mulk ayat ke 5
"kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan pendduk bumi)dendan bintang-bintang..."
langit yang dekat itu bermaksud langit yang boleh dilihat oleh manusia samada menggunakan mikroskop atau mata kasar...dan kita mampu melihat bintang yang berada di jarak berjuta-juta tahun cahaya,itu bermaksud semua bintang yang kita dapat lihat adalah hanya di langit dunia..
Bintang-bintang hanya berada di langit dunia sedangkan cahaya memerlukan berjuta tahun untuk melapasi galaxi demi galaxi yang berada di langit dunia ini walhal suara azan Bilal bin Rabah kedengaran melepasi langit-langit sehingga ke arays dan tidak memerlukan jutaan tahun untuk melepasi jarak itu..Bagaimaa hal ini berlaku.
Persoalannya,adakah kajian para saintis terhadap kelajuan bunyi dan cahaya itu salah?...Tidak
Terang lagi bersuluh cahaya lebih laju dari bunyi,para saintis telah menemui fakta ini beratus tahun yang lepas tanpa teknologi yang canggih,apatah lagi di abad ke21 ini yang mana kita memiliki teknologi falak yang hebat-hebat..Memang terbukti kelajuan cahaya lebih laju dari bunyi.
Suara Bilal yang kedengarran sehingga ke arays itu adalah satu keajaiban yang dikurniakan oleh allah di dalam beberapa fenomena yang tidak dapat diterima oleh hukum alam...Allah taala maha kuasa,apa-apa sahaja yang dikehendakinya "kun fayakun" maka jadilah segala-gala yang dikehendaki .Tidak ada perkara yang mustahil baginya.
Maka kita tidak boleh meletakkan hukum semua perkara itu sama dengan keajaiban yang allah kurniakan di beberapa tempat ...bagaimana pula Suara Bilal yang kedengaran sehingga arays itu tidak pula didengari oleh orang-orang yang berada di negara lain yang jauh di muka bumi sedangkan ke arays yang lebih jauh itu dapat didengari,bagaimana pula ??kesimpulannya memang cahaya lebih laju dari bunyi....Peristiwa Bilal azan naik ke arays,itu ialah keajaiban yang Allah letakkan hanya kepada fenomena yang khusus dan tidak terjadi pada kebanyakan fenomena lain....Oleh itu kita tidak boleh samakan dan kaitkan semua fenomena yang terjadi dalam dunia ini..contohnya: nabi saw israk dan mikraj ke langit dengan menunggang burak yang sangat pantas,sedangkan nabi tidak memakai sut angkasa dan nabi dapat bernafas dengan elok sehingga pulang semula dengan selamat ke bumi....Adakah itu bermaksud manusia tidak memerlukan sut angkasa untuk ke angkasa dan boleh bernafas walaupon keluar dari atmosfera ?
tidak sama sekali kerana peristiwa tersebut adalah keajaiban yang kita tidak mampu untuk meneliti dan mengkaji mengikut sains kerana ia perkara ghaib yang luar dari ilmu keduniaan..
...
wallahua'lam




