Harini saya nak terangkan sedikit tentang "boleh ke tukar-tukar mazhab"
umat islam di dunia ketika ini majoritinya akan berpandukan kepada 4 mazhab besar iaitu Imam Syafie,Imam Hanafi,Imam Malik dan Imam Hambali...Keempat-empat pengasas mazhab ini adalah tokoh agama yang mashur dan mempunyai keilmuan dan kewibawaan yang hebat pada zaman mereka dan sehinggalah zaman sekarang....
Di Malaysia,kita secara umumnya kita memilih mazhab imam Syafie untuk diamalkan manakala di negara seperti india mereka mengikuti mazhab Hanafi dan semua negara kebiasaannya akan mempunyai satu mazhab yang diamalkan secara majoriti oleh orang di negara tersebut..
Tidak menjadi satu masalah tentang mazhab apa yang ingin diikuti oleh majoriti rakyat di mana-mana negara kerana semua mazhab tersebut adalah benar walaupon terdapat di antara 4 mazhab itu kekhilafan yang ketara namun setiap mereka mempunyai dalil,nas dan keterangan yang tersendiri.
kesemua mereka mengikuti al quran dan sunnah rasulallah s.a.w..Perbezaan pendapat dan kekhilafan memang tak dapat dielakkan bahkan bukan hanya antara imam mazhab tetapi ulama dalam satu mazhab juga adakalanya berbeza pendapat.Bahkan imam Syafie sendiri juga ada dua pandangan!..pandangan jadid dan pandangan qadim.....
Islam amat meraikan perbezaan pendapat di dalam hal-hal agama dan rasulullah juga meraikan perbezaan pendapat..Apabila perang Khandaq telah tamat dan pejuang muslimin ingin pergi memerangi yahudi bani Quraidzah yang melanggar perjanjian,nabi keluarkan arahan "jangan ada salah seorang dari kamu yang keluar ke perkampungan bani Quraidzah ini untuk solat asar sehingga kamu sampai ke perkampungan bani Quraidzah"
tetapi sesetengah sahabat solat di pertengahan jalan kerana ianya kewajipan
dan sebahagian sahabat mentaati perintah nabi saw ..
maka apabila disampaikan kepada rasulullah hal tersebut,maka nabi tak marah atau mencela,kedua-duanya betul.
kata ibnu qayyim dalam zadul ma'ad bahawa ini merupakan isyarat dari nabi bahawa perbezaan pendapat adakalanya diraikan.
Diantara pengasas mazhab juga,mereka saling menghormati antara satu sama lain dan meraikan pendapat yang lain..Imam syafie merupakan pelajar pada Imam Malik akan tetapi antara dua mazhab ini mempunyai banyak perbezaan pendapat dan kekhilafan.Adakah imam Syafie biadab atau kurang ilmu kerana tidak bersependapat dengan gurunya sendiri? tidak !...Mereka juga tidak pernah menghalang pengikutnya untuk mengikut mana-mana pendapat samada pendapat dirinya atau mazhab lain..Terpulang kepada pemahaman individu akan nas dan dalil yang dibawakan pada satu-satu hukum tersebut...
Begitu juga kita di zaman sekarang,tujuan utama kita adalah untuk mengikuti sunnah rasulullah dan keempat empat mazhab tersebut semua berpandukan hadith,nas,dalil,hukum dan lain-lain yang dari rasulullah saw dan kesemuanya benar....kita di malaysia sudah terbiasa dengan mazhab Syafie yang dari dahulu lagi telah diamalkan...Tidak menjadi masalah untuk kita merujuk dan mengikut mazhab selain syafie dalam hal yang tertentu bahkan kita tidak menyedari dalam kehidupan seharian kita juga banyak perkara yang mengikut mazhab lain seperti membayar zakat dengan wang,dalam mazhab assyafie,pembayaran zakat fitrah haruslah dengan beras,gandum etc manakala kita membayarnya dengan wang ringgit dan hal ini mengikut mazhab Hambali.Dan Banyak lagi amalan yang tanpa sedar kita tidak mengikut mazhab syafie dan merujuk mazhab lain...dibenarkan dalam islam unruk berpindah mazhab dalam sesatu perkara,yang tidak dibenarkan adalah talfiq iaitu mencampurkan pendapat ulama dalam satu masalah yang sama dan sebahagian ulama melarang menukar mazhab kerana tidak mahu orang bertukar pendapat berpandukan hawa nafsu..
Seseorang muslim itu tidak terikat dengan sesuatu mazhab,
tidak ada seperti :si fulan memilih mazhab A maka dia tidak boleh keluar dari lingkungan pemahaman itu,dan menjadi kesalahan kepadanya jika mengambil pendapat imam lain....Kita tidak takliq terikat dan terkonkong dengan mana-mana mazhab....
Hanya perlu faham akan pandangan mazhab tersebut dan silakan untuk memilih pandangan mana yang sesuai untuk kita amalkan
Tetapi perkara ini tidak diamalkan dan disalahfaham mungkin kerana sebahagian mereka yang tidak ingin orang memainkan agama atau seumpamanya dan melarang bertukar memilih pandangan dan akhirnya membawa kepada salah faham bahawa mazhab tidak boleh ditukar dan seseorang terikat dengan hanya satu mazhab.....
Saya bawakan satu contoh yang mudah :
saya bermazhab Syafie,paginya saya solat membaca qunud iaitu amalan mazhab syafie...kemudian petang itu saya keluar ke kedai membeli nasi kemudian saya tidak akad dengan penjual tersebut,hanya bayar dan pulang walhal mengikut mazhab syafie,tidak boleh,mesti akad,menyebut "saya jual" dan "saya beli"....saya juga tidak perlu niat dahulu untuk tukar mazhab dan takliq mazhab hambali seketikan untuk bermuamalat dengan penjual itu..Nampak?....Dalam contoh itu saya telah memilih pendapat syafie dalam solat(qunud) dan memilih pendapat hambali dalam muamalat (tiada akad)
jadi,tidak menjadi kesalahan untuk kita bertukar pendapat mazhab cuma ia mungkin salah faham diantara masyarakat kita dan sudah terbiasa dengan apa yang diajar sejak kecil.......
Sampai sini saja penerangan ringkas saya,mohon tegur salah silap saya di ruangan komen..Take care,Fi Hifzillah..
Assalamualaikum.....

No comments:
Post a Comment