Monday, April 27, 2020

Bunyi lebih laju dari Cahaya... ???


Assalamualaikum


kelajuan bunyi lebih laju dari kelajuan cahaya??...korang pernah dengar tak??
saya rasa korang mesti pernah dengar.
tapi mesti korang abaikan sahaja sebab macam mengarut sangat,Sains dah buktikan ianya salah.

Kelajuan cahaya ialah lebih kurang 300,000 km/Saat
kelajuan bunyi ialah 1200 km/Jam

kita juga boleh cuba untuk melihat betapa lajunya cahaya berbanding bunyi,seperti melihat bunga api dan kilat,kita akan nampak cahaya kilat terlebih dahulu dan lepas 1,2 saat baru bunyi kilat itu akan sampai ke telinga kita,bergantung pada jarak kilat tersebut....

kemudian satu persoalan ditanyakan kepada kita yang mengatakan cahaya lebih laju dari bunyi dan pembawa soalan menggunakan hujjah ketika Bilal bin Rabah azan di bumi dan azannya didergari oleh para maaikat sehingga ke atas arays dan melepasi lapisan langit yang begitu jauh sekali tanpa mengambil masa yang lama untuk melepasi lapisan-lapisan langit tersebut.

Masa untuk suara azan itu untuk sampai ke arays tidaklah mengambil masa bertahun-tahun sepertimana masa yang diambil oleh cahaya untuk melepasi satu jarak yang jauh.Cahaya memerlukan masa 8minit untuk bergerak dari matahari ke bumi dan mengambil masa 150,000 ke  200,000 tahun untuk untuk bergerak melintasi bima sakti sedangkan galaksi kita iaitu bima sakti itu hanya berada di langit pertama sepertimana difirmankan oleh allah taala didalam surah al mulk ayat ke 5

"kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan pendduk bumi)dendan bintang-bintang..."

langit yang dekat itu bermaksud langit yang boleh dilihat oleh manusia samada menggunakan mikroskop atau mata kasar...dan kita mampu melihat bintang yang berada di jarak berjuta-juta tahun cahaya,itu bermaksud semua bintang yang kita dapat lihat adalah hanya di langit dunia..

Bintang-bintang hanya berada di langit dunia sedangkan cahaya memerlukan berjuta tahun untuk melapasi galaxi demi galaxi yang berada di langit dunia ini walhal suara azan Bilal bin Rabah kedengaran melepasi langit-langit sehingga ke arays dan tidak memerlukan jutaan tahun untuk melepasi jarak itu..Bagaimaa hal ini berlaku.
Persoalannya,adakah kajian para saintis terhadap kelajuan bunyi dan cahaya itu salah?...Tidak

Terang lagi bersuluh cahaya lebih laju dari bunyi,para saintis telah menemui fakta ini beratus tahun yang lepas tanpa teknologi yang canggih,apatah lagi di abad ke21 ini yang mana kita memiliki teknologi falak yang hebat-hebat..Memang terbukti kelajuan cahaya lebih laju dari bunyi.

Suara Bilal yang kedengarran sehingga ke arays itu adalah satu keajaiban yang dikurniakan oleh allah di dalam beberapa fenomena yang tidak dapat diterima oleh hukum alam...Allah taala maha kuasa,apa-apa sahaja yang dikehendakinya "kun fayakun" maka jadilah segala-gala yang dikehendaki .Tidak ada perkara yang mustahil baginya.
Maka kita tidak boleh meletakkan hukum semua perkara itu sama dengan keajaiban yang allah kurniakan di beberapa tempat ...bagaimana pula Suara Bilal yang kedengaran sehingga arays itu tidak pula didengari oleh orang-orang yang berada di negara lain yang jauh di muka bumi sedangkan ke arays yang lebih jauh itu dapat didengari,bagaimana pula ??

kesimpulannya memang cahaya lebih laju dari bunyi....Peristiwa Bilal azan naik ke arays,itu ialah keajaiban yang Allah letakkan hanya kepada fenomena yang khusus dan tidak terjadi pada kebanyakan fenomena lain....Oleh itu kita tidak boleh samakan dan kaitkan semua fenomena yang terjadi dalam dunia ini..contohnya: nabi saw israk dan mikraj ke langit dengan menunggang burak yang sangat pantas,sedangkan nabi tidak memakai sut angkasa dan nabi dapat bernafas dengan elok sehingga pulang semula dengan selamat ke bumi....Adakah itu bermaksud manusia tidak memerlukan sut angkasa untuk ke angkasa dan boleh bernafas walaupon keluar dari atmosfera ?
tidak sama sekali kerana peristiwa tersebut adalah keajaiban yang kita tidak mampu untuk meneliti dan mengkaji mengikut sains kerana ia perkara ghaib yang luar dari ilmu keduniaan..
...
wallahua'lam







Monday, April 13, 2020

Boleh ke tukar-tukar mazhab

Asslamualaikum semua

Harini saya nak terangkan sedikit tentang "boleh ke tukar-tukar mazhab"
umat islam di dunia ketika ini majoritinya akan berpandukan kepada 4 mazhab besar iaitu Imam Syafie,Imam Hanafi,Imam Malik dan Imam Hambali...Keempat-empat pengasas mazhab ini adalah tokoh agama yang mashur dan mempunyai keilmuan dan kewibawaan yang hebat pada zaman mereka dan sehinggalah zaman sekarang....

Di Malaysia,kita secara umumnya kita memilih mazhab imam Syafie untuk diamalkan manakala di negara seperti india mereka mengikuti mazhab Hanafi dan semua negara kebiasaannya akan mempunyai satu mazhab yang diamalkan secara majoriti oleh orang di negara tersebut..

Tidak menjadi satu masalah tentang mazhab apa yang ingin diikuti oleh majoriti rakyat di mana-mana negara kerana semua mazhab tersebut adalah benar walaupon terdapat di antara 4 mazhab itu kekhilafan yang ketara namun setiap mereka mempunyai dalil,nas dan keterangan yang tersendiri.
kesemua mereka mengikuti al quran dan sunnah rasulallah s.a.w..Perbezaan pendapat dan kekhilafan memang tak dapat dielakkan bahkan bukan hanya antara imam mazhab tetapi ulama dalam satu mazhab juga adakalanya berbeza pendapat.Bahkan imam Syafie sendiri juga ada dua pandangan!..pandangan jadid dan pandangan qadim.....

Islam amat meraikan perbezaan pendapat di dalam hal-hal agama dan rasulullah juga meraikan perbezaan pendapat..Apabila perang Khandaq telah tamat dan pejuang muslimin ingin pergi memerangi yahudi bani Quraidzah yang melanggar perjanjian,nabi keluarkan arahan "jangan ada salah seorang dari kamu yang keluar ke perkampungan bani Quraidzah ini untuk solat asar sehingga kamu sampai ke perkampungan  bani Quraidzah"
tetapi sesetengah sahabat solat di pertengahan jalan kerana ianya kewajipan
dan sebahagian sahabat mentaati perintah nabi saw ..
maka apabila disampaikan kepada rasulullah hal tersebut,maka nabi tak marah atau mencela,kedua-duanya betul.
kata ibnu qayyim dalam zadul ma'ad bahawa ini merupakan isyarat dari nabi bahawa perbezaan pendapat adakalanya diraikan.

Diantara pengasas mazhab juga,mereka saling menghormati antara satu sama lain dan meraikan pendapat yang lain..Imam syafie merupakan pelajar pada Imam Malik akan tetapi antara dua mazhab ini mempunyai banyak perbezaan pendapat dan kekhilafan.Adakah imam Syafie biadab atau kurang ilmu kerana tidak bersependapat dengan gurunya sendiri?  tidak !...Mereka juga tidak pernah menghalang pengikutnya untuk mengikut mana-mana pendapat samada pendapat dirinya atau mazhab lain..Terpulang kepada pemahaman individu akan nas dan dalil yang dibawakan pada satu-satu hukum tersebut...

Begitu juga kita di zaman sekarang,tujuan utama kita adalah untuk mengikuti sunnah rasulullah dan keempat empat mazhab tersebut semua berpandukan hadith,nas,dalil,hukum dan lain-lain yang dari  rasulullah saw dan kesemuanya benar....kita di malaysia sudah terbiasa dengan mazhab Syafie yang dari dahulu lagi telah diamalkan...Tidak menjadi masalah untuk kita merujuk dan mengikut mazhab selain syafie dalam hal yang tertentu bahkan kita tidak menyedari dalam kehidupan seharian kita juga banyak perkara yang mengikut mazhab lain seperti membayar zakat dengan wang,dalam mazhab assyafie,pembayaran zakat fitrah haruslah dengan beras,gandum etc manakala kita membayarnya dengan wang ringgit dan hal ini mengikut mazhab Hambali.Dan Banyak lagi amalan yang tanpa sedar kita tidak mengikut mazhab syafie dan merujuk mazhab lain...dibenarkan dalam islam unruk berpindah mazhab dalam sesatu perkara,yang tidak dibenarkan adalah talfiq iaitu mencampurkan pendapat ulama dalam satu masalah yang sama dan sebahagian ulama melarang menukar mazhab kerana tidak mahu orang bertukar pendapat berpandukan hawa nafsu..

Seseorang muslim itu tidak terikat dengan sesuatu mazhab,
tidak ada seperti :si fulan memilih mazhab A maka dia tidak boleh keluar dari lingkungan pemahaman itu,dan menjadi kesalahan kepadanya jika mengambil pendapat imam lain....Kita tidak takliq terikat dan terkonkong dengan mana-mana mazhab....
Hanya perlu faham akan pandangan mazhab tersebut dan silakan untuk memilih pandangan mana yang sesuai untuk kita amalkan

Tetapi perkara ini tidak diamalkan dan disalahfaham mungkin kerana sebahagian mereka yang tidak ingin orang memainkan agama atau seumpamanya dan melarang bertukar memilih pandangan dan akhirnya membawa kepada salah faham bahawa mazhab tidak boleh ditukar dan seseorang terikat dengan hanya satu mazhab.....

Saya bawakan satu contoh yang mudah :
saya bermazhab Syafie,paginya saya solat membaca qunud iaitu amalan mazhab syafie...kemudian petang itu saya keluar ke kedai membeli nasi kemudian saya tidak akad dengan penjual tersebut,hanya bayar dan pulang  walhal mengikut mazhab syafie,tidak boleh,mesti akad,menyebut "saya jual" dan "saya beli"....saya juga tidak perlu niat dahulu untuk tukar mazhab dan takliq mazhab hambali seketikan untuk bermuamalat dengan penjual itu..



Nampak?....Dalam contoh itu saya telah memilih pendapat syafie dalam solat(qunud) dan memilih pendapat hambali dalam muamalat (tiada akad)
jadi,tidak menjadi kesalahan untuk kita bertukar pendapat mazhab cuma ia mungkin salah faham diantara masyarakat kita dan sudah terbiasa dengan apa yang diajar sejak kecil.......

Sampai sini saja penerangan ringkas saya,mohon tegur salah silap saya di ruangan komen..Take care,Fi Hifzillah..

Assalamualaikum.....






Saturday, April 11, 2020

Antara punca timbulnya perkauman dalam islam


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah bersyukur pada allah s.w.t atas segala rahmatnya yang telah dilimpahkan kepada kita semua.Selawat dan salam keatas nabi muhammad s.a.w.

Saya sebagai seorang pelajar agama ingin berkongsi secara umum tentang punca timbulnya perkauman dalam beragama pada ketika ini,ketika dunia berada dihujung jari dan semua maklumat yang diingini sentiasa dapat diketahui dengan mudah dan percuma..

pertama sekali kita perlu memahami bahawa Islam adalah agama yang sangat luas dari segi hukum-hakam dan sebagainya.Allah s.w.t mengiginkan kemudahan dan tidak mengiginkan kesukaran kepada hamba-hambanya.Rasulullah juga sentiasa ingin meringankan ummatnya dalam beragama...jika satu permasalahan itu mempunyai dua jalan penyelesaian,pasti beliau akan memilih untuk menggunakan jalan yang paling ringan dan mudah....

Oleh itu kita sebagai ummat islam perlulah berlapang dada untuk menerima pandangan dan hukum yang kita tidak biasa dengannya dan mungkin tidak pernah didengari oleh kita sebelum ini..apabila sampai satu maklumat di telinga kita dan mungkin maklumat itu kita tidak pernah tahu,jangan terus menghukum,semaklah terlebih dahulu dari mana ia datang?,siapa yang memberitahu?,benar atau tidak?..kemudian setelah dapat mengenal pasti ianya benar atau tidak,barulah kita sebarkan atau kita hentikan.

Permasaalahan yang kecil akan dibesarkan bilamana individu yang mempunyai pengaruh dalam  agama tidak memahami secara terperinci setiap jalan penyelesaian kepada masaalah tersebut dan hanya mengetahui satu jalan kemudian menyebarkan jalan beragama yang sempit itu kepada orang lain dan mengganggap bahawa kita hanya mempunyai satu jalan dan apabila mereka melihat sebahagian orang mengamalkan jalan lain,mereka akan menggagap jalan lain itu sesat dan mula timbul perkauman keatas pengikut atau pendengar ustaz yang menyampaikan jalan pemahaman lain itu  walhal terdapat banyak lagi kelonggaran yang boleh dilalui oleh kita jika kita memahami secara keseluruhan akan hal tersebut.

Kita mempunyai banyak kelebihan yang allah s.w.t kurniakan kepada kita di era globalisasi ini seperti kemudahan perjalanan,kemudahan berinteraksi dan kemudahan menyebarkan maklumat yang dulunya mereka tiada kemudahan-kemudahan ini.Marilah kita memaksimumkan kemudahan tersebut ke arah kebaikan dan berlapang dada untuk balajar dan menambah ilmu pengetahuan dengan lebih luas lagi,bukan hanya dengan memahami satu sumber,tetapi dengan memahami semua sumber ilmu dan meneliti yang mana boleh dipakai dan yang mana perlu ditolak.

Saya ingin bawakan satu contoh yang mudah difahami dan mungkin agak sensitif kerana ia pernah menjadi satu topik yang hangat di Malaysia  ..Isu ini menjadi isu yang hangat juga adalah kerana banyak orang yang tidak memahami semua jalan yang ada dalam masaalah ini dan hanya merujuk satu jalan.topik ini menjadi hangat juga adalah kerana ada pihak yang mengatakan hukumnya begini dan ada pihak yang mengatakan hukumnya begitu maka timbulah dua kelompok yang saling melabel yang sebenarnya kedua-duanya benar....anjing

contoh:Saya bermazhab syafie dan mengetahui bahawa menyentuh anjing yang basah hukumnya najis dan perlu disertu sepertimana yang kita semua tahu..Jadi apabila saya nampak seorang muslim lain yang menyentuh anjing yang basah dan kemudian tidak sertu terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah lain,saya akan menghukum dan mengatakan ibadah dia tidak sah kerana menyentuh anjing yang basah (najis) itu dan mengatakan dia orang yang jahil dan saya akan menjauhi tangannya yang masih mempunyai najis itu.



Tetapi saya tidak mengetahui bahawa sayalah orang yang jahil.Tidak tahu jalan islam yang luas dan mengetahui hanya satu jalan.
Jadi,saya tidak sepatutnya menghukum muslim tersebut terlebih dahulu,sebaiknya saya mengkaji dan memahami semua jalan hukum-hukum tentang anjing dan najis...kita mempunyai 4 mazhab iaitu syafie,hambali,hanafi dan maliki.setiap imam-imam tersebut muempunyai hukum yang berbeza tentang anjing dan keempat-empat hukum yang berbeza itu benar kerana mempunyai dalil dan hujjah yang tersendiri..

Imam Syafie     :air liur anjing najis dan badannya yang basah juga najis
Imam Maliki     :anjing yang basah bukanlah najis dan air liurnya juga bukan najis
Imam Hanafi     :jilatan anjing sahaja najis dan bukan badannya


Semua mazhab ini berpandukan hadith dimana nabi Muhammad s.a.w menyuruh untuk membasuh bekas jilatannya (anjing) sebanyak tiga kali.Dalam satu riwayat,tujuh kali.

saya bawakan dua pendapat disini:

1.Imam Syafie mengatakan jilatan dan badan anjing itu najis kerana apabila nabi menyuruh untuk sertu bekas jilatan tersebut bermaksud air liur anjing itu adalah najis.Anjing juga haiwan yang suka menjilat badannya maka badannya juga apabila basah,maka ia manjadi najis.

2.Manakala mazhab Malik berpandangan bahawa anjing adalah suci dan suruhan nabi untuk menyertu bekas tersebut adalah sekadar kerana ibadah.


Kembali pada contoh yang saya bawakan tadi.Jadi apabila saya memahami akan keluasan jalan hukum ini,saya dapat mengetahui bahawa saudara yang menyentuh anjing tadi itu bermazhab lain yang berpendapat bahawa badan anjing yang basah bukanlah najis.
Apabila saya memahami akan hal tersebut,maka tidaklah timbul isu melabel antara satu sama lain seperti "dia ini wahabi" "dia ini sesat" "dia ini syiah"

Saya memilih contoh ini hanya kerana ia mudah difahami...jadi saya harap anda dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan tadi iaitu antara punca perkauman dalam beragama dan keluasan agama islam yang masih banyak lagi yang kita perlu belajar untuk lebih mamahami kemudahan islam dan keluasan islam terutama di negara kita..Untuk memahami tentang keluasan beragama ini,kita juga perlulah meluaskan hati kita untuk menerimanya,kerana mungkin kita akan terjumpa dengan pandangan yang lain dari apa yang kita amalkan.....marilah sama-sama kita menambah ilmu pengetahuan selagi masih dikurniakan allah kemampuan untuk belajar...

wallahu a'lam